Kampus pilihan : Kolej Universiti INSANIAH

Saturday 24 April 2010

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03.

Kolej Universiti INSANIAH yang ketika dahulu dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Kerajaan negeri Kedah telah bersungguh-sungguh untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri ini yang bersesuaian dengan status sebuah negeri yang ulung dalam sejarah perkembangan ilmuan Islam suatu ketika dahulu.

Objektif awal penubuhan Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta mengembang ilmu pengetahuan Islam. Di samping itu bagi menampung pelajar lepasan sekolah agama melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Penubuhan Institut Islam Negeri kedah Darul Aman ini juga demi mengembalikan semula tradisi pengajian Islam yang sebenar untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah memperkenankan Enakmen Jamiah Islam Negeri Kedah Darul Aman yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 7 Disember 1994 di bawah Enakmen Bilangan 4 Tahun 1995.

Dengan tertubuhnya, Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman ini, maka tercatatlah suatu sejarah baru bagi Negeri Kedah yang mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang tulen dan bertaraf Universiti. Ini adalah sangat bersesuaian bagi sebuah Negeri yang mempunyai banyak pusat pengajian Islam sejak zaman berzaman lagi.

Antara tujuan utama penubuhan Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman ialah untuk mempertingkatkan mutu pengajian Islam dan bahasa Arab bagi menghasilkan generasi alim ulama, bijak pandai, intelek Islam dan para ilmuan yang berwibawa, berkemampuan, beriman dan menyahut keperluan hal ehwal Islam dari semasa ke semasa.

Pada peringkat awal penubuhan, Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman telah menjalankan program pengajian berkembar peringkat Universiti dengan Universiti Al-Azhar, Mesir yang menganugerahkan Ijazah, Diploma dan Sijil. Jamiah Islam Negeri kedah Darul Aman menubuhkan tiga jurusan iaitu, Jurusan Syariah, Jurusan Usuluddin dan Jurusan Bahasa Arab.

Tahun akademik bermula pada 2 Januari 1996. Bahasa Arab merupakan bahasa pengantar, manakala bahasa Inggeris ialah matapelajaran wajib. Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman menggunakan sistem penggal bagi bersesuaian dengan sistem yang dijalankan di Universiti Al-Azhar. Bagi menjaga mutu akademik Jamiah Islam Negeri kedah Darul Aman, tenaga akademik dipilih dalam kalangan para ilmuan yang berwibawa berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah atau yang setaraf dengannya.

Sejajar dengan perubahan demi perubahan, maka Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman Institut Agama Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) telah dinaikkan taraf sebagai Kolej Universiti pada 15 Mei 2006. KUIN mensasarkan menjadi pusat ilmu yang bertaraf antarabangsa dalam usaha melahirkan graduan yang mampu menguasai ilmu di dalam bidang profesional dan agama ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

Program Yang Ditawarkan;


IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD)

  • Syariah
  • Usuluddin
  • Bahasa Arab
  • Kewangan dan Perbankan Islam

IJAZAH SARJANA (MA)

  • Syariah
  • Usuluddin
  • Bahasa Arab
  • Kewangan dan Perbankan Islam

IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN

  • Syariah
  • Usuluddin
  • Bahasa Arab
  • Pengurusan Perniagaan
  • Pengurusan Perniagaan (Perancangan Kewangan Islam)
  • Pengurusan Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam)
  • Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Risiko dan Takaful)
  • Teknologi Maklumat (Rangkaian)
  • Teknologi Maklumat (Teknologi Multimedia)
  • Teknologi Maklumat (e-Dagang)
  • Perakaunan
  • Multimedia Grafik
  • Multimedia Kreatif
  • Web Televisyen
  • Pengajian Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat
  • Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik)
  • Kejuruteraan (Kejuruteraan Telekomunikasi)
  • Kejuruteraan (Kejuruteraan Sistem Komputer )
  • Teknologi Dengan Kepujian (Teknologi Kejuruteraan Komputer)

DIPLOMA

  • Pengurusan Perniagaan
  • Perakaunan
  • Teknologi Maklumat
  • Tahfiz Wal Qiraat
  • Seni Reka Grafik
  • Kreatif Multimedia
  • Digital Video
  • Insurans Islam
  • Perbankan Islam
  • Pengurusan Hotel & Perkhidmatan Halal
  • Kejururawatan

ASASI

  • Asasi Pengurusan
  • Asasi Pengajian Islam
  • Asasi Sains
Rujuk laman web Kolej Universiti Insaniah untuk maklumat lanjut.

0 comments:

Post a Comment