Study Abroad

Thursday 27 May 2010

FAKTA PENTING!
Sesi kemasukan universiti2 kat oversea nie bermula september, bukan Julai macam kat Malaysia nie.

BAGAIMANA NAK MOHON PG OVERSEA?

1. Universities & Colleges Admissions Service (UCAS)
Okeyh, ade banyak kaedah yang korang boleh gunakan kalau nak sambung belajar kat oversea. Kemasukan ke Universiti2 di UK adalah secara berpusat cam kat Malaysia gak. Kalau kat Malaysia kita apply IPTA through UPU, kt UK pulak kena apply under Universities & Colleges Admissions Service (UCAS). Rasanya semua universiti kat UK nie berpusat under UCAS. Eventhrough korg international applicant, korg still kena apply under UCAS. Setiap permohonan tue kena bayar wang proses tp dah lupe brape pound. Rasanya kalau 1 pilihan kena 9 pound kot.

2. Permohonan terus ke Universiti.
Universiti2 seperti di negara Indonesia, Australia, Brunei dan Amerika Syarikat menerima permohonan terus ke pihak universiti. Pelajar2 antarabangsa boleh mendapatkan borang2 permohonan secara online dr lawan web universiti. Yang nie pon kena bayar wang proses jugak. Bayaran nye terpulang pada universiti2 tue.

3. Agensi-agensi pengajur pendidikan.
Ada jugak berapa agensi2 yang ada untuk membantu pelajar untuk menyambung pengajian ke luar negara sebagai contoh Medic Mesir, Study Group dan beberapa lagi. Korg boleh refer yang nie kat iklan2 surat khabar terutama akhbar hari ahad. Banyak kot. Antara negara2 yang biasanya ditawarkan adalah ke Mesir, US, Rusia, India dan Indonesia. Rasanya bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang paling banyak kot.

4. Twinning program antara IPT M'sia dan luar negara.
Melalui twinning program nie korang akan belajar kat IPT Malaysia untuk beberapa tahun dan menghabiskan tahun2 berikutnya di luarnegara. Biasanya diorg akan buat 2 +1 atau 3 +1. Maksudnya korg akan belajar di Malaysia 2 tahun dan satu tahun berikutnya adalah di negara2 yang terlibatlah. Program nie pon ok gak sebab korg akan apply kat IPT dalam M'sia dan segala benda urusan ke luar negara, IPT tue yang akan uruskan. Banyak IPT kat M'sia yang tawarkan program nie dan mostly adalah IPTS antaranya seperti Kolej PTPL, Kolej KDU, Kolej ATC, MSU, IMU, Penang Medical College, Penang Dental College dan banyak lagi lah. Nanti kat Ijazah korang, takde lah name2 kolej kat Malaysia yang korg mula2 belajar selama 2 tahun tu tp yang tertulis ade lah universiti2 yang korg masuk tahun terakhir kat luar negara. Untungkan? Belajar setahun je dah dapat Ijazah macam org belajar 3-4 tahun kat oversea.

5. Belajar je lah kat Malaysia
Ade jugak IPT2 kat Malaysia yang buat MoU dengan universiti2 kt oversea untuk menawarkan program pengajian daripada universiti2 tue. Macam program Bachelor of Law (University of London), Bachelor of Law (Reading University) yang ade kat beberapa kolej swasra. Korang xyah pon sambung belajar kat oversea tp still leyh dapatkan ijazah universiti luar negara. Pastu bile nak apply kerja nanti, boleh angkat bontot kat pengarah. Korang ade degree oversea, bukan main2 nieyh walaupun padahal belajar kat Malaysia je. Sape tau kan =) hahahaha

SEBELUM TUE!
Sebelum ke oversea, korang kena ada satu sijil or bukti yang menunjukkan tahap kebolehan korg berbahasa Inggeris seperti korg ade TOEFL ker, IELTS ke. MUET xdilayan ok. Korang dapat band 6 MUET pon, xde universiti kat luar negara tue nak pandang kecuali Singapore jer.

BIASISWA/PINJAMAN PELAJARAN
Biasiswa dan pinjaman pelajaran ada disediakan bagi sesiapa yang layak macam Yayasan Khazanah, Sime Darby, PNB, Security Commission, Bank Negara, JPA dan MARA.

Okeyh lah, kalau korg nak tau ape2 lagi jangan malu2 nk drop ur comment k.

Read more...

Kampus pilihan : Kolej Universiti INSANIAH

Saturday 24 April 2010

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03.

Kolej Universiti INSANIAH yang ketika dahulu dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Kerajaan negeri Kedah telah bersungguh-sungguh untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri ini yang bersesuaian dengan status sebuah negeri yang ulung dalam sejarah perkembangan ilmuan Islam suatu ketika dahulu.

Objektif awal penubuhan Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta mengembang ilmu pengetahuan Islam. Di samping itu bagi menampung pelajar lepasan sekolah agama melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Penubuhan Institut Islam Negeri kedah Darul Aman ini juga demi mengembalikan semula tradisi pengajian Islam yang sebenar untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah memperkenankan Enakmen Jamiah Islam Negeri Kedah Darul Aman yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 7 Disember 1994 di bawah Enakmen Bilangan 4 Tahun 1995.

Dengan tertubuhnya, Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman ini, maka tercatatlah suatu sejarah baru bagi Negeri Kedah yang mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang tulen dan bertaraf Universiti. Ini adalah sangat bersesuaian bagi sebuah Negeri yang mempunyai banyak pusat pengajian Islam sejak zaman berzaman lagi.

Antara tujuan utama penubuhan Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman ialah untuk mempertingkatkan mutu pengajian Islam dan bahasa Arab bagi menghasilkan generasi alim ulama, bijak pandai, intelek Islam dan para ilmuan yang berwibawa, berkemampuan, beriman dan menyahut keperluan hal ehwal Islam dari semasa ke semasa.

Pada peringkat awal penubuhan, Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman telah menjalankan program pengajian berkembar peringkat Universiti dengan Universiti Al-Azhar, Mesir yang menganugerahkan Ijazah, Diploma dan Sijil. Jamiah Islam Negeri kedah Darul Aman menubuhkan tiga jurusan iaitu, Jurusan Syariah, Jurusan Usuluddin dan Jurusan Bahasa Arab.

Tahun akademik bermula pada 2 Januari 1996. Bahasa Arab merupakan bahasa pengantar, manakala bahasa Inggeris ialah matapelajaran wajib. Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman menggunakan sistem penggal bagi bersesuaian dengan sistem yang dijalankan di Universiti Al-Azhar. Bagi menjaga mutu akademik Jamiah Islam Negeri kedah Darul Aman, tenaga akademik dipilih dalam kalangan para ilmuan yang berwibawa berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah atau yang setaraf dengannya.

Sejajar dengan perubahan demi perubahan, maka Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman Institut Agama Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) telah dinaikkan taraf sebagai Kolej Universiti pada 15 Mei 2006. KUIN mensasarkan menjadi pusat ilmu yang bertaraf antarabangsa dalam usaha melahirkan graduan yang mampu menguasai ilmu di dalam bidang profesional dan agama ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

Program Yang Ditawarkan;


IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD)

  • Syariah
  • Usuluddin
  • Bahasa Arab
  • Kewangan dan Perbankan Islam

IJAZAH SARJANA (MA)

  • Syariah
  • Usuluddin
  • Bahasa Arab
  • Kewangan dan Perbankan Islam

IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN

  • Syariah
  • Usuluddin
  • Bahasa Arab
  • Pengurusan Perniagaan
  • Pengurusan Perniagaan (Perancangan Kewangan Islam)
  • Pengurusan Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam)
  • Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Risiko dan Takaful)
  • Teknologi Maklumat (Rangkaian)
  • Teknologi Maklumat (Teknologi Multimedia)
  • Teknologi Maklumat (e-Dagang)
  • Perakaunan
  • Multimedia Grafik
  • Multimedia Kreatif
  • Web Televisyen
  • Pengajian Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat
  • Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik)
  • Kejuruteraan (Kejuruteraan Telekomunikasi)
  • Kejuruteraan (Kejuruteraan Sistem Komputer )
  • Teknologi Dengan Kepujian (Teknologi Kejuruteraan Komputer)

DIPLOMA

  • Pengurusan Perniagaan
  • Perakaunan
  • Teknologi Maklumat
  • Tahfiz Wal Qiraat
  • Seni Reka Grafik
  • Kreatif Multimedia
  • Digital Video
  • Insurans Islam
  • Perbankan Islam
  • Pengurusan Hotel & Perkhidmatan Halal
  • Kejururawatan

ASASI

  • Asasi Pengurusan
  • Asasi Pengajian Islam
  • Asasi Sains
Rujuk laman web Kolej Universiti Insaniah untuk maklumat lanjut.

Read more...

Tarikh Semakan Keputusan permohonan ke IPT

Wednesday 14 April 2010

Senarai semakan keputusan permohonan kemasukan 2010 bagi Matrikulasi, UPU, USM, KPLSPM, Politeknik, Tingkatan 6 dan IKBN.

UPU – Lepasan SPM


Tarikh Rujukan
Semakan Temuduga (kemasukan ke Diploma/Asasi) 7 April 2010 UTM, UiTM, UPSI, UPNM
Temuduga 9 – 13 April 2010
Keputusan Permohonan Mei 2010 upu.mohe.gov.my
Pendaftaran pelajar ke Program Asasi PASUM/ USIM/ UIAM/ UPNM/ UiTM 23 Mei 2010
Pendaftaran pelajar ke IPTA 3 dan 4 Julai 2010

UPU – Lepasan STPM – Bukan Pendidikan


Tarikh Rujukan
Semakan Temuduga (lepasan STPM/ Diploma/ Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM dan setaraf) 14 April 2010 UPNM, UiTM, UIAM, UKM, UPM, UUM, UTM, UMS, UM
Temuduga 16 – 28 April 2010
Keputusan Permohonan Jun 2010 upu.mohe.gov.my
Pendaftaran Pelajar ke IPTA 3 dan 4 Julai 2010

UPU – Lepasan STPM – Pendidikan


Tarikh Rujukan
Semakan Ujian MEdSI 15 April 2010 mpm.edu.my
Ujian MEdSI 24 April 2010



Semakan Temuduga 11 Mei 2010 upu.mohe.gov.my
Temuduga 18 – 24 Mei 2010



Keputusan Permohonan Jun 2010 upu.mohe.gov.my
Pendaftaran Pelajar ke IPTA 3 dan 4 Julai 2010

USM


Tarikh Rujukan
Semakan Ujian MUnSyI 16 April 2010 pohon.usm.my
Ujian MUnSyI 24 April 2010
Semakan Temuduga 3 Mei 2010 pohon.usm.my
Temuduga 7 – 15 Mei 2010
Keputusan Permohonan Mei 2010 pohon.usm.my
Pendaftaran Pelajar ke USM Jun/Julai 2010

MATRIKULASI


Tarikh Rujukan
Keputusan Permohonan 16 April 2010 moe.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru 10 Mei 2010

KPLSPM


Tarikh Rujukan
Semakan Temuduga 20 April 2010 moe.gov.my
Temuduga 25 April – 7 Mei 2010
Keputusan Permohonan 14 Jun 2010 moe.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru 28 Jun 2010

POLITEKNIK


Tarikh Rujukan
Semakan Ujian Bertulis 8 April 2010 politeknik.edu.my
Ujian Bertulis 20 April 2010
Semakan Temuduga 8 Mei 2010 politeknik.edu.my
Temuduga 1 – 4 Jun 2010
Keputusan Permohonan 8 Jun 2010 politeknik.edu.my
Pendaftaran Pelajar Baru Julai 2010

TINGKATAN 6


Tarikh Rujukan
Semakan Tawaran ke Tingkatan 6 Mei 2010 moe.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru 10 Mei 2010

credit to : eputra

Read more...

UNIMAP nafi program tidak diikhtiraf

Tuesday 16 March 2010

KANGAR 15 Mac - Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menjelaskan, lapan program yang ditawarkan universiti berkenaan masih di peringkat rundingan dengan Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC) untuk penganugerahan akreditasi.

Dalam pada itu, Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, lapan lagi program yang dilaksanakan oleh Unimap hanya akan dikemukakan permohonan akreditasi pada tahun ini, 2012 dan 2013.

Katanya, ia adalah selaras dengan peraturan EAC iaitu permohonan dilakukan semasa pelajar pengambilan pertama berada dalam tahun empat pengajian.

"Apa yang berlaku adalah salah tafsir EAC berhubung sistem akademik yang diamalkan Unimap yang menekankan orientasi praktikal tanpa mengetepikan amalan kejuruteraan konvensional," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam akhbar Kosmo! melaporkan bahawa 16 program yang ditawar Unimap sejak dinaik taraf sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada 2001 tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), EAC, Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sehubungan itu, jelas Kamarudin, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menilai 'breadth and depth' kurikulum Unimap dengan diketuai oleh Profesor Ir. Abang Abdullah dan semua sembilan anggota yang dilantik oleh BEM.

"Kesemua mereka mengakui 'breadth and depth' yang diamalkan oleh Unimap adalah mencukupi dan telah mencadangkan agar lapan program yang terlibat diberi akreditasi tetapi ia ditolak oleh Lembaga Rayuan Akreditasi, namun proses rundingan masih berjalan," katanya.

Program-program yang terlibat adalah Kejuruteraan Sistem Elektrik, Kejuruteraan Elektronik Industri, Kejuruteraan Perhubungan, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Bahan dan Kejuruteraan Metalurgi.

Kamarudin berkata, walaupun pengakreditasian terhadap lapan program itu belum diterima, namun statistik universiti telah menunjukkan 100 peratus siswazah 2006 telah mendapat pekerjaan.

"Sebanyak 96 peratus siswazah 2007 juga telah memperoleh pekerjaan begitu juga 88 peratus siswazah 2008 dan 60 peratus 2009.

''Malah ramai lepasan yang telah berjaya memperoleh ijazah sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) dari luar negara," katanya.

sumber: utusan malaysia, 16/03/ 2009

Read more...

Biasiswa 2010/2011

Monday 15 March 2010

Senarai biasiswa yang ditawarkan untuk sesi 2010/2011 untuk lepasan SPM, STPM/setaraf.

Biasiswa Petronas Lepasan SPM


Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia

Biasiswa Jabatan JPA dan MARA Lepasan SPM Luar Negara


Biasiswa Khazanah

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional


Biasiswa Gamuda

Biasiswa Great Eastern

Biasiswa UEM Group


Biasiswa Securities Commision Malaysia

Biasiswa Lion Parkson Foundation

sila rujuk laman web yang berkenaan untuk mengetahui syarat-syarat kelayakan, nilai biasiswa yang diberikan, kursus-kursus yang ditaja dan senarai institusi pengajian tinggi yang mendapat penajaan.

Read more...

Asasi Undang-Undang UiTM

Sunday 14 March 2010

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia telah pun diumumkan. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang dan bagi yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, diharap agar tidak berputus asa. Teruskan usaha kerana kadang kala rezeki tidak berpihak kepada kita.

Sebagai seorang pelajar asasi UiTM, saya terpanggil untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar lepasan SPM sedikit maklumat mengenai jurusan pengajian saya iaitu Asasi Undang-Undang UiTM. Program pengajian ini pada asasnya mengambil masa 2/3 semester dan ia berbeza sama sekali dengan program Asasi Undang-Undang KPTM kerana program asasi KPTM ini hanya mengambil masa 2 semester untuk menamatkannya. Semua lulusan Asasi Undang-Undang UiTM akan secara automatiknya akan diserapkan untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang di UiTM Malaysia jika mencapai tahap kelayakan masuk ke ijazah manakala lulusan Asasi Undang-Undang KPTM pula harus memohon untuk memasuki Ijazah Undang-Undang di UiTM mahupun di IPTA-IPTA lain.

Berbalik kepada program Asasi Undang-Undang UiTM, ia terbahagi kepada dua pelan pengajian iaitu Fast Trak 2 semester (Ditawarkan di kampus Shah Alam sahaja - Pengambilan sesi Julai sahaja) dan Normal Track (Ditawarkan di kampus Sungai Petani dan Kuantan - Pengambilan sesi Julai dan November).

Syarat-syarat kemasukan program Asasi Undang-Undang UiTM adalah seperti berikut;

SPM dengan lima (5) kredit(tidak termasuk lukisan), 3A- dalam 3 subjek (tidak termasuk bahasa Inggeris) dan sekurang-kurangnya 3B(B+) dalam Bahasa Inggeris. Manakala untuk kemasukan ke Fast Track, pelajar-pelajar haruslah mendapat sekurang-kurangnya 5A- termasuk Bahasa Inggeris.

Antara subjek-subjek yang bakal diambil oleh pelajar-pelajar adalah;

SEMESTER 1
1. BEL 120 - Consolidating Language Skills/Preparatory English - 3 jam
2. BEL130 - Communication Skills - 3 jam
3. CSC 134 - Computers and Information Processing - 3 jam
4. MTC 012 - Introduction to Law 1 - 3 jam
5. MTC 016 - Introduction to Malaysian Government and Politics - 3 jam

SEMESTER 2
1. BEL 260 - Preparatory Course for MUET - 3 jam
2. BEL 332 - English for Academic Purposes 1 - 3 jam
3. MTC 037 - Introduction to Law II - 3 jam
4. MTC 038 - Library and Information Processing Skills - 3 jam
5. MTC 039 - Introduction to Social Psychology - 3 jam

SEMESTER 3
1. BEL 342 - English for Academic Purposes II - 3 jam
2. BEL 360 - English for Academic Purposes III - 3 jam
3. MTC 087 - Introduction to Law III - 3jam
4. MTC 088 - Contemporary Global Issues - 3 jam
5. MTC 099 - Economic Issues and Problems - 3 jam

rujuk : Pusat Asasi UiTM

Read more...