Asasi Undang-Undang UiTM

Sunday 14 March 2010

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia telah pun diumumkan. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang dan bagi yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, diharap agar tidak berputus asa. Teruskan usaha kerana kadang kala rezeki tidak berpihak kepada kita.

Sebagai seorang pelajar asasi UiTM, saya terpanggil untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar lepasan SPM sedikit maklumat mengenai jurusan pengajian saya iaitu Asasi Undang-Undang UiTM. Program pengajian ini pada asasnya mengambil masa 2/3 semester dan ia berbeza sama sekali dengan program Asasi Undang-Undang KPTM kerana program asasi KPTM ini hanya mengambil masa 2 semester untuk menamatkannya. Semua lulusan Asasi Undang-Undang UiTM akan secara automatiknya akan diserapkan untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang di UiTM Malaysia jika mencapai tahap kelayakan masuk ke ijazah manakala lulusan Asasi Undang-Undang KPTM pula harus memohon untuk memasuki Ijazah Undang-Undang di UiTM mahupun di IPTA-IPTA lain.

Berbalik kepada program Asasi Undang-Undang UiTM, ia terbahagi kepada dua pelan pengajian iaitu Fast Trak 2 semester (Ditawarkan di kampus Shah Alam sahaja - Pengambilan sesi Julai sahaja) dan Normal Track (Ditawarkan di kampus Sungai Petani dan Kuantan - Pengambilan sesi Julai dan November).

Syarat-syarat kemasukan program Asasi Undang-Undang UiTM adalah seperti berikut;

SPM dengan lima (5) kredit(tidak termasuk lukisan), 3A- dalam 3 subjek (tidak termasuk bahasa Inggeris) dan sekurang-kurangnya 3B(B+) dalam Bahasa Inggeris. Manakala untuk kemasukan ke Fast Track, pelajar-pelajar haruslah mendapat sekurang-kurangnya 5A- termasuk Bahasa Inggeris.

Antara subjek-subjek yang bakal diambil oleh pelajar-pelajar adalah;

SEMESTER 1
1. BEL 120 - Consolidating Language Skills/Preparatory English - 3 jam
2. BEL130 - Communication Skills - 3 jam
3. CSC 134 - Computers and Information Processing - 3 jam
4. MTC 012 - Introduction to Law 1 - 3 jam
5. MTC 016 - Introduction to Malaysian Government and Politics - 3 jam

SEMESTER 2
1. BEL 260 - Preparatory Course for MUET - 3 jam
2. BEL 332 - English for Academic Purposes 1 - 3 jam
3. MTC 037 - Introduction to Law II - 3 jam
4. MTC 038 - Library and Information Processing Skills - 3 jam
5. MTC 039 - Introduction to Social Psychology - 3 jam

SEMESTER 3
1. BEL 342 - English for Academic Purposes II - 3 jam
2. BEL 360 - English for Academic Purposes III - 3 jam
3. MTC 087 - Introduction to Law III - 3jam
4. MTC 088 - Contemporary Global Issues - 3 jam
5. MTC 099 - Economic Issues and Problems - 3 jam

rujuk : Pusat Asasi UiTM

5 comments:

Nazrin Zakaria 11 July 2010 at 06:41  

Saya pun berminat nak masuk asasi undang-undang lepas SPM nanti .

meewa ameera 11 May 2012 at 09:11  

saya dah dpt, tp just nak tau dari prospek kerja? sbb mmng x nak jd lawyer.. dan susah x? nak amik course law nie...

Unknown 7 July 2013 at 03:09  

kalau pelajar tu tak ambil add math boleh x die apply untuk diploma asasi undang-undang?

Princess Salmah Jozanerzzz 26 November 2015 at 11:21  

Saya nak ambil cus undang uandang tp...saya tak amik aliran sains boleh ke?

Princess Salmah Jozanerzzz 26 November 2015 at 11:21  

Saya nak ambil cus undang uandang tp...saya tak amik aliran sains boleh ke?

Post a Comment