Kampus pilihan : Kolej Universiti INSANIAH

Saturday 24 April 2010

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03.

Kolej Universiti INSANIAH yang ketika dahulu dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Kerajaan negeri Kedah telah bersungguh-sungguh untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri ini yang bersesuaian dengan status sebuah negeri yang ulung dalam sejarah perkembangan ilmuan Islam suatu ketika dahulu.

Objektif awal penubuhan Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta mengembang ilmu pengetahuan Islam. Di samping itu bagi menampung pelajar lepasan sekolah agama melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Penubuhan Institut Islam Negeri kedah Darul Aman ini juga demi mengembalikan semula tradisi pengajian Islam yang sebenar untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah memperkenankan Enakmen Jamiah Islam Negeri Kedah Darul Aman yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 7 Disember 1994 di bawah Enakmen Bilangan 4 Tahun 1995.

Dengan tertubuhnya, Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman ini, maka tercatatlah suatu sejarah baru bagi Negeri Kedah yang mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang tulen dan bertaraf Universiti. Ini adalah sangat bersesuaian bagi sebuah Negeri yang mempunyai banyak pusat pengajian Islam sejak zaman berzaman lagi.

Antara tujuan utama penubuhan Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman ialah untuk mempertingkatkan mutu pengajian Islam dan bahasa Arab bagi menghasilkan generasi alim ulama, bijak pandai, intelek Islam dan para ilmuan yang berwibawa, berkemampuan, beriman dan menyahut keperluan hal ehwal Islam dari semasa ke semasa.

Pada peringkat awal penubuhan, Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman telah menjalankan program pengajian berkembar peringkat Universiti dengan Universiti Al-Azhar, Mesir yang menganugerahkan Ijazah, Diploma dan Sijil. Jamiah Islam Negeri kedah Darul Aman menubuhkan tiga jurusan iaitu, Jurusan Syariah, Jurusan Usuluddin dan Jurusan Bahasa Arab.

Tahun akademik bermula pada 2 Januari 1996. Bahasa Arab merupakan bahasa pengantar, manakala bahasa Inggeris ialah matapelajaran wajib. Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman menggunakan sistem penggal bagi bersesuaian dengan sistem yang dijalankan di Universiti Al-Azhar. Bagi menjaga mutu akademik Jamiah Islam Negeri kedah Darul Aman, tenaga akademik dipilih dalam kalangan para ilmuan yang berwibawa berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah atau yang setaraf dengannya.

Sejajar dengan perubahan demi perubahan, maka Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman Institut Agama Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) telah dinaikkan taraf sebagai Kolej Universiti pada 15 Mei 2006. KUIN mensasarkan menjadi pusat ilmu yang bertaraf antarabangsa dalam usaha melahirkan graduan yang mampu menguasai ilmu di dalam bidang profesional dan agama ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

Program Yang Ditawarkan;


IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD)

  • Syariah
  • Usuluddin
  • Bahasa Arab
  • Kewangan dan Perbankan Islam

IJAZAH SARJANA (MA)

  • Syariah
  • Usuluddin
  • Bahasa Arab
  • Kewangan dan Perbankan Islam

IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN

  • Syariah
  • Usuluddin
  • Bahasa Arab
  • Pengurusan Perniagaan
  • Pengurusan Perniagaan (Perancangan Kewangan Islam)
  • Pengurusan Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam)
  • Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Risiko dan Takaful)
  • Teknologi Maklumat (Rangkaian)
  • Teknologi Maklumat (Teknologi Multimedia)
  • Teknologi Maklumat (e-Dagang)
  • Perakaunan
  • Multimedia Grafik
  • Multimedia Kreatif
  • Web Televisyen
  • Pengajian Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat
  • Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik)
  • Kejuruteraan (Kejuruteraan Telekomunikasi)
  • Kejuruteraan (Kejuruteraan Sistem Komputer )
  • Teknologi Dengan Kepujian (Teknologi Kejuruteraan Komputer)

DIPLOMA

  • Pengurusan Perniagaan
  • Perakaunan
  • Teknologi Maklumat
  • Tahfiz Wal Qiraat
  • Seni Reka Grafik
  • Kreatif Multimedia
  • Digital Video
  • Insurans Islam
  • Perbankan Islam
  • Pengurusan Hotel & Perkhidmatan Halal
  • Kejururawatan

ASASI

  • Asasi Pengurusan
  • Asasi Pengajian Islam
  • Asasi Sains
Rujuk laman web Kolej Universiti Insaniah untuk maklumat lanjut.

Read more...

Tarikh Semakan Keputusan permohonan ke IPT

Wednesday 14 April 2010

Senarai semakan keputusan permohonan kemasukan 2010 bagi Matrikulasi, UPU, USM, KPLSPM, Politeknik, Tingkatan 6 dan IKBN.

UPU – Lepasan SPM


Tarikh Rujukan
Semakan Temuduga (kemasukan ke Diploma/Asasi) 7 April 2010 UTM, UiTM, UPSI, UPNM
Temuduga 9 – 13 April 2010
Keputusan Permohonan Mei 2010 upu.mohe.gov.my
Pendaftaran pelajar ke Program Asasi PASUM/ USIM/ UIAM/ UPNM/ UiTM 23 Mei 2010
Pendaftaran pelajar ke IPTA 3 dan 4 Julai 2010

UPU – Lepasan STPM – Bukan Pendidikan


Tarikh Rujukan
Semakan Temuduga (lepasan STPM/ Diploma/ Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM dan setaraf) 14 April 2010 UPNM, UiTM, UIAM, UKM, UPM, UUM, UTM, UMS, UM
Temuduga 16 – 28 April 2010
Keputusan Permohonan Jun 2010 upu.mohe.gov.my
Pendaftaran Pelajar ke IPTA 3 dan 4 Julai 2010

UPU – Lepasan STPM – Pendidikan


Tarikh Rujukan
Semakan Ujian MEdSI 15 April 2010 mpm.edu.my
Ujian MEdSI 24 April 2010



Semakan Temuduga 11 Mei 2010 upu.mohe.gov.my
Temuduga 18 – 24 Mei 2010



Keputusan Permohonan Jun 2010 upu.mohe.gov.my
Pendaftaran Pelajar ke IPTA 3 dan 4 Julai 2010

USM


Tarikh Rujukan
Semakan Ujian MUnSyI 16 April 2010 pohon.usm.my
Ujian MUnSyI 24 April 2010
Semakan Temuduga 3 Mei 2010 pohon.usm.my
Temuduga 7 – 15 Mei 2010
Keputusan Permohonan Mei 2010 pohon.usm.my
Pendaftaran Pelajar ke USM Jun/Julai 2010

MATRIKULASI


Tarikh Rujukan
Keputusan Permohonan 16 April 2010 moe.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru 10 Mei 2010

KPLSPM


Tarikh Rujukan
Semakan Temuduga 20 April 2010 moe.gov.my
Temuduga 25 April – 7 Mei 2010
Keputusan Permohonan 14 Jun 2010 moe.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru 28 Jun 2010

POLITEKNIK


Tarikh Rujukan
Semakan Ujian Bertulis 8 April 2010 politeknik.edu.my
Ujian Bertulis 20 April 2010
Semakan Temuduga 8 Mei 2010 politeknik.edu.my
Temuduga 1 – 4 Jun 2010
Keputusan Permohonan 8 Jun 2010 politeknik.edu.my
Pendaftaran Pelajar Baru Julai 2010

TINGKATAN 6


Tarikh Rujukan
Semakan Tawaran ke Tingkatan 6 Mei 2010 moe.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru 10 Mei 2010

credit to : eputra

Read more...